Home Berita PAS Kedah

Segera baiki rumah uzur

203
SHARE

Oleh TASNIM

PENDANG – Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim meminta supaya pihak berkenaan segera membaiki rumah penduduk di Kampung Alor Ali yang usang dimamah anai-anai.

Beliau yang turun meninjau keadaan rumah itu berkata pemiliknya tidak mampu menampung kos membaiki kerosakan rumahnya.

“Pemilik rumah Hashim Abd Hamid di Kampung Alor Ali yang bekerja sebagai petani dan mengambil upah menabur padi/baja bagi menampung perbelanjaan harian tidak mampu membaiki kerosakan rumahnya.

“Atas rasa tanggungjawab dan prihatin keutamaan diberikan kepada En Hashim kerana keadaan rumahnya agak teruk dan perlu diperbaiki segera,” katanya.

YB Awaang mengarahkan pasukan pertukangan menilai dan memesan barangan bagi melakukan kerja-kerja pembaikan.