SUNGAI PETANI – Warna warni suasana Rumah Terbuka PAS Kawasan Sungai Petani berlangsung dengan meriah sekali, walaupun program bermula jam 2.00 petang tetapi tetamu sudah mula hadir sekitar jam 12.30 tengahari dengan kehadiran melebihi anggaran asal 2000 orang, Sabtu lalu.
Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Sungai Petani berlangsung di Balai Islam Tikam Batu, pelbagai menu disediakan oleh cawangan cawangan yang telah ditetapkan oleh PAS Kawasan.
12 Menu disajikan kepada para tetamu yang hadir ke majlis rumah terbuka PAS Kawasan Kali ini. Menu disediakan oleh PAS Cawangan-Cawangan, Dewan-Dewan, SRITI, Ahli Majlis dan PKWR serta sumbangan individu.
Antara tetamu yang hadir adalah daripada Pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Mantan Ajk PAS Kawasan Sungai Petani, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah ,ADUN Pedu,ADUN Tanjung Dawai ,ADUN Kuala Ketil serta ADUN Sidam, Turut hadir isteri Menteri Besar Kedah, Tok Puan Hajah Jusmalailani Jusoh ,Ketua Wanita Umno Sungai Petani bersama Ajk , Umno Bahagian Sungai Petani ,Wakil dari perikatan ,Penyelaras DUN Bakar Arang ,Penyelaras DUN Anak Bukit,AADK Kuala Muda ,Balai polis ,Balai bomba,Penghulu-penghulu serta imam sekitar Tikam Batu.
Majlis juga diserikan dengan persembahan selawat oleh pelajar Barakah Sufi Kg Hj.Kudong Kota Kuala Muda dan juga penyampaian duit raya dari pimpinan PAS kawasan Sungai Petani kepada kanak kanak yang hadir.
Terima kasih kepada semua AJK PAS Kawasan Sungai Petani , AJK Muslimat PAS Kawasan Sungai Petani , Dewan Ulamak PAS Kawasan Sg Petani,AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani ,Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka yang berganding bahu berkerjasama menjayakan majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Sungai Petani 2022 ini.