Home Berita PAS Pahang

Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Beserah meriah

54
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 29 Mei :: Kemeriahan Aidilfitri masih dirasai oleh warga Beserah dalam program Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Beserah di Taman Agroteknologi MARDI, Cherating dekat sini semalam.

Program ini digabungkan sekali dengan Majlis Kesyukuran perkahwinan anak Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu.

“Di samping merayakan Aidilfitri bagi mengeratkan hubungan persaudaraan dan kemasyarakatan, saya juga meraikan kesyukuran perkahwinan anakanda saya yang sudahpun bernikah setahun setengah yang lalu ketika musim PKP, namun baru ini dapat bersanding, bersama pula dengan baby.. tidak pernah terfikir akan berlaku,” kata Andansura di dalam ucapannya meraikan jemputan yang hadir.

“Saya harapkan semua yang hadir dapat makan dengan selesa dalam konsep santai free and easy boleh duduk di bawah pokok bersama keluarga atau atas kerusi terpulang kepada kehendak masing-masing kerana kawasan ini memang untuk kawasan kita bersantai,” ujar beliau.

Majlis dimeriahkan juga dengan pelbagai aktiviti antaranya acara memotong kek kepada sekumpulan Pengundi Pertama Kali (FTV – First Time Volter) yang lahir pada bulan April dan Mei, pertandingan anyaman ketupat, pertandingan mewarna, pertandingan teka rempah dan cabutan nombor bertuah.

Turut hadir dalam program ini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, ADN Pancing Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya, Ketua Kelab As-Sabiqun Pahang Ustaz Ismail Mohamad, wakil dari Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), sahabat- sahabat dari Muafakat Nasional (MN) termasuk Tok Penghulu dan Tok Empat sekitar DUN Beserah dengan kehadiran masyarakat sekitar 2,500 orang.