SUNGAI PETANI – Masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Kampung Permatang Berangan akibat keadaan longkang sempit dan mudah tersumbat, mendapat perhatian kerajaan negeri selepas meluluskan kerja-kerja pembinaan longkang di sini, baru-baru ini.
Dalam cabutan kerja undian fasa 2, sebanyak RM200,000 telah diluluskan kerajaan negeri bagi melaksanakan kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan tersebut.
ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim dalam satu kenyataan berharap agar usaha yang dilakukan ini dapat mengatasi masalah banjir.