ISLAM sebagai dasar yang termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS sewajibnya menjadi perlembagaan tertinggi dalam negara Malaysia.
Islam merupakan addeen yang syumul lagi kontemporari. Ianya adalah modul kehidupan ciptaan Allah Al Khaliq, bukan sahaja untuk umat Islam, malah untuk alam sejagat merangkumi alam cakrawala, alam lautan serta khazanahnya, alam flora dan fauna serta semua makhluk ciptaan-Nya dari sekecil zahrah hingga Arasy tertakluk dalam pemerintahan Al Mulk.
Sembilan puluh sembilan sifat-sifat Allah S. W. T yang wajib diiimani merupakan sifat-sifat Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.
Sejarah penubuhan PAS pada 4 November 1951 adalah satu detik bersejarah, perjuangan jihad mendaulatkan kalimah Allah sekaligus menafikan perlembagaan Reid, di mana ternyata pengasasnya seorang berbangsa Yahudi serta berfahaman Zionis.
Perlembagaan PAS Bab Yang Ketiga, Tujuan, Usaha, Hukum dan kekuasaan.
Fasal 5
Tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah
(2) Mempertahan kesucian Islam, serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Perlembagaan PAS adalah sebuah dokumen ideal lagi komprehensif kerana mengambil Islam sebagai paksinya.
Jesteru, ahli PAS di semua peringkat, daripada pemimpin di peringkat PAS Pusat hingga ke akar umbi sewajarnyalah mendukung perlembagaan PAS dengan memahami secara tuntas serta merealisasikan segala tujuan, usaha, hukum dan kekuasaan secara cukup sedar dan pertanggungjawaban yang amat tinggi demi mendaulatkan Islam di bumi Malaysia amnya dan di bumi Melaka khususnya.
HAJAH KINTAN BTE MAN. (BKT)
KETUA
Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka