JERAI – Masalah air yang membelenggu penduduk Kampung Setia Jaya sejak bulan Ramadhan lalu akan berakhir tidak lama lagi.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau, semalam.
Beliau berkata, kerja-kerja penyambungan paip dari Pulau Bunting sedang dijalankan.
“Menurut Kontraktor, kerja-kerja berkenaan akan siap sepenuhnya pada hujung Mei ini.
“Diharapkan penduduk dapat terus bersabar. Semua pihak sedang melakukan yang terbaik untuk kemudahan bersama, insya-ALLAH,” katanya.