Oleh HAFIZ
SUNGAI PETANI – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid telah dilaporkan turut menyertai Majlis Perasmian bagi program Qariah Ramadan yang dianjurkan di Dataran Zero, Sungai Petani kelmarin.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor setelah menyampaikan ucapan perasmian kira-kira pada jam 6.30 petang.
Turut diadakan majlis pemberian sumbangan kepada asnaf dan guru-guru PASTI, setelah itu Menteri Besar Kedah turun ke Bazar Ramadan yang terletak di sebelah bagi meninjau kawasan peniaga di sekitar itu.
“Qaryah Ramadan merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam memastikan pengunjung dan peniaga tidak mengabaikan ibadah solat walaupun ketika berada di tapak bazaar,
“Program ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 1 syawal yang akan diisi dengan pelbagai santapan rohani seperti solat fardhu berjemaah, solat terawih dan tadarus al-Quran,
“Semoga program ini akan memberi jutaan manfaat buat pengunjung, terus imarahkan ramadan dengan pesta ibadah”, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid ketika ditemu-bual.
Turut hadir adalah Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Muhd Aizat Zakaria, Penolong Setiausaha 3, Ustaz Shukri Sawai, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani, Ustaz Aizat Abdullah dan Naib Ketua Pemuda Sungai Petani, Sdr. Naim Basri.