Home Berita PAS Perlis

DMPNPs adakan Semarak Ramadan bersama Ketua Muslimat

83
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 17 Apr: Program Semarak Ramadan, Gelombang AKIFI dan Iftar anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis (DMPNPs) berlangsung meriah dengan kehadiran Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh.

Program yang diadakan di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) pada Khamis lalu itu dihadiri lebih 100 orang muslimat.

Turut hadir bersama beliau, Pengerusi Lajnah Ekonomi DMPM, Norhafiza Fadzil.

Menurut pengarahnya, Husna Hashim, program berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti pengimarahan Ramadan anjuran DMPNPs.

“Selain menjadi sebahagian daripada usaha DMPNPs ke arah melahirkan muslimat AKIFI, kami juga mengambil peluang bersempena program pada hari ini untuk menyantuni golongan asnaf.

“Sebagai contoh, pada sebelah petang tadi, Ustazah Nuridah sendiri turun menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk di sekitar parlimen Arau,” katanya.