Home Berita PAS Kelantan

Projek Empangan Nenggiri dalam peringkat pelaksanaan, beri manfaat kepada rakyat

83
SHARE

KOTA BHARU, 29 Mac: Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Empangan Nenggiri yang bakal dibina bukan sahaja dapat mengurangkan kejadian banjir, malah berupaya membantu mengatasi isu pembekalan air bersih serta menjadi sumber pengairan kepada pertanian.

Menurut beliau, projek tersebut dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada tahun 2026 secara tidak langsung bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) kepada Grid Nasional apabila siap kelak selain dapat menjadi punca bekalan air.

“Kira-kira dalam tempoh satu bulan lagi, kita akan mengadakan projek pecah tanah untuk kita laksanakan pembinaan empangan tersebut,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Keluarga Kota Bharu bertempat di Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Ahad lalu.

Pada majlis yang sama, Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki turut diumumkan mendapat bantuan untuk keceriaan sekolah tersebut dengan pencahayaan lampu dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat hasil dari persetujuan Tenaga Nasional Berhad (TNB).