PERISTIWA Israk dan Mikraj ialah satu peristiwa di mana pada malam tersebut telah diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW bukti kekuasaan Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al Israa’: 1)
Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Muhammad SAW. Semoga syafaat Nabi Muhammad SAW selalu menyertai kita semua.
AZIAH MOHD SA’AD
Ketua
Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah