Home Berita PAS Kedah

PAS Padang Terap terima 30 keahlian baru PAS

136
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – PAS Kawasan Padang Terap menerima seramai 30 keahlian baharu PAS di Kampung Sena, baru-baru ini.

Borang permohonan keahlian itu diterima oleh Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz di satu majlis di sini.

Ustaz Azam berkata PAS bukanlah parti politik semata-mata, tetapi juga menekankan elemen tarbiah dan dakwah.

“Kita bantu rakyat bukan hanya dekat-dekat pilihanraya, sebaliknya menjadi tanggungajwab sebagai umat Islam membantu yang lemah.

“Terima kasih kepada semua yang hadir. Saya amat mengalu-alukan penyertaan tuan-tuan ke Parti Islam SeMalaysia PAS ini,” katanya.

Seorang ahli baru PAS turut meluahkan rasa tertarik dengan sikap kepipimpinan dan wakil rakyat PAS yang sentiasa bersama dengan rakyat.