Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Ziarah PJ PAS Melaka TG Zulkifli hulur bantuan mangsa ribut

299
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto LURIMA

AYER KEROH, 23 Feb: Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail telah melakukan ziarah petang semalam bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut sekitar Parlimen Alor Gajah dan Tangga Batu.

Ziarah berlangsung di Kampung Belimbing Dalam, Parlimen Alor Gajah dan Kampung Tanah Merah, Krubong dalam Parlimen Tangga Batu.

Hujan lebat beserta ribut yang berlaku pada petang Isnin lepas telah merosakkan banyak rumah di beberapa tempat dalam Negeri Melaka.

Turut serta dalam ziarah ini ialah Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengerusi Khidmat Malaysia (KM) Melaka, Muhamat Puhat Bedol, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Melaka, Mohsin Ibrahim, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad bersama-sama dengan beberapa orang lagi pimpinan PAS tempatan.

Berikut ialah beberapa foto yang terakam semasa program ziarah ini berlangsung:

Sekitar Kampung Belimbing Dalam, Parlimen Alor Gajah

Sekitar Kampung Tanah Merah, Krubong, Parlimen Tangga Batu.