Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR
KUPANG – Jabatan Padang Cina yang runtuh akibat bencana banjir kilat tahun lalu akan dibina semula kerajaan negeri Kedah dengan secepat mungkin.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazali selepas meninjau keadaan jambatan tersebut hari ini.
“Projek ini akan dibina secepat mungkin kerana ia merupakan jabatan yang menghubungi penduduk untuk menghantar anak ke sekolah.
“Laluan utama ini penting bagi kegiatan sosial dan ekonomi penduduk Padang Cina, Kampung Lela serta Kampung Landak Hilir,”katanya kepada pemberita.
Turut hadir dalam tinjauan itu adalah Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral ( B) Datuk Najmi Ahmad bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PKLB) Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.