Home Berita PAS Kelantan

Fasa 2 Laman Seni Kampung Warisan bakal beroperasi Jun ini

136
SHARE

TUMPAT, 21 Feb: Pengurus Besar Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Dato’ Wan Mohd Hasnan Abdullah memaklumkan Fasa 2, Laman Seni yang memartabatkan seni batik tekap, tenunan songket dan kraftangan tempatan termasuk wayang kulit, wau sobek, serunai dan tongkat serta pertukangan perak di tapak seluas 1.3 ekar sedang rancak dilaksanakan.

“Proses pembinaan semula masjid tersebut berdekatan tapak asal (di dalam sungai) berjalan lancar dan dijangka siap pada Jun 2022.

Manakala laman seni yang menelan kos RM11.8 juta itu akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebaik sahaja siap sepenuhnya dan insya Allah dijangka beroperasi pada Jun 2022”, jelasnya.

Tambahnya, 100 tenaga kerja tempatan termasuk lapan pakar tukang kayu yang telah meleraikan struktur masjid berkenaan dengan mengambil kira aspek struktur dan komponen yang akan dipasang semula sebagaimana pasak dan tanggam yang asal oleh kontraktor.

Terdahulu, Laman Warisan Fasa 1 berkeluasan 1.8 ekar sudah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada MOTAC pada 31 Oktober 2021.

Premis tersebut menempatkan pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) makanan tradisional dengan aktiviti pembuatan dan penjualan serondeng oleh 11 usahawan tempatan selaku pengusaha serondeng terkenal di situ termasuk jenama Suzara dan RS yang popular sejak dulu hingga sohor kini.