Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN
NAKA, 17 Feb – Lebih 100 orang kanak-kanak dan remaja yang terdiri daripada golongan B40, asnaf miskin dan anak yatim telah disantuni dan dibantu ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin (YB Pak Su Di).
YB Radzi berkesempatan menziarahi enam buah rumah penduduk B40, Selasa lalu.
Ketua Team Kongsi Kasih, Puan Hajar berkata penyerahan bantuan buku itu merupakan fasa terakhir projek kebajikan Team Kongsi Kasih.
“Kelmarin fasa terakhir penyertaan buku bagi yang ke 101 orang kanak-dan remaja dalam projek kebajikan Team Kongsi Kasih.
“Sumbangan beras sejahtera dan barangan dapur turut disalurkan selain bantuan pengurusan dan tatacara membuka akaun bank untuk mereka,” katanya.
Tambah beliau, anak – anak yang terpilih daripada golongan anak yatim dan asnaf miskin ini telah mendapat perhatian YB dan Team Kongsi Kasih baik dari kebajikan keperluan asas mahupun pendidikan.
ADUN Pedu, YB Md Radzi Md Amin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih diatas komitmen yang diberikan bagi membantu anak-anak asnaf.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Team Kongsi Kasih khasnya kepada pihak penaja luar yang sudi menabur bakti kepada penduduk asnaf miskin dan yatim di sini,” katanya.
YB turut menyantuni salah seorang anak angkat Kongsi Kasih yang menolong neneknya kutip “skrap getah” bagi mencari wang saku.