ALOR SETAR, 10 Feb – Kelab Motosikal Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (ARC) menyumbang sebuah komputer riba kepada seorang pelajar Asasi Pengajian Islam, UniSHAMS, Noraina Sofia.
Noraina Sofea yang merupakan pelajar tahun pertama Asasi Pengajian Islam di UniSHAM Kuala Ketil adalah antara pelajar yang perlu diberi perhatian akan keperluannya dalam mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian.
Timbalan Pengarah 2 ARC Kedah, , Saudara Anuaruddin Usoff AsShafie menyerahkan sumbangan komputer riba kepada Adik Noraina Sofea di Kampung Tanah Seratus, Simpang Empat, Kangkong.
“Mudah-mudahan Adik Noraina Sofea dapat ikuti sesi pembelajaran dengan baik dan siapkan tugasan dengan sempurna setelah menerima saguhati pada hari ini”, ujar Saudara Anuaruddin Usoff AsShafie ketika dihubungi.