Home Berita PAS Kedah

15 penduduk Bukit Buluh Pedu terima sumbangan beras sejahtera.

169
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU, 9 Feb – Seramai 15 orang penduduk Kampung Bukit Buluh Pedu menerima sumbangan Beras Sejahtera dan barangan keperluan, baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun mengiringi ADUN Pedu Yang Berhormat, Mohd Radzi Md Amin bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Ustaz Azam Abd Aziz berkata, bantuan sumbangan Beras Sejahtera beserta barangan keperluan dapur sebagai tanda keprihatinan YB dalam menjaga kebajikan masyarakat di sekitar DUN Pedu.

“Alhamdulillah, wakil rakyat seperti inilah yang kita inginkan, yang sentiasa  mengambil berat dan cakna rakyatnya demi kesejahteraan masyarakat.

Tambah beliau, penduduk Padang Terap akan menerima manfaat besar impak daripada pelaburan di Kedah Rubber City (KRC).

“Apabila kerajaan bawa masuk banyak pelaburan di KRC,bersedialah anak-anak tuan/puan untuk bekerja di sektor itu nanti.

“Peluang yang ada di depan mata janganlah terlepas kepada rakyat luar atau asing….”.

Ydp dan YB turut menyantuni dan bertanya khabar bersama penduduk kampung yang hadir di program tersebut.

Turut hadir sama Pegawai khas ADUN, Mohammad Talib dan jawatankuasa JPrD serta PKWR Pedu.