Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Kinabatangan rai masyarakat cina

215
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
08 Februari 2022

KINABATANGAN: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK), Muslimat PAS Kinabatangan, telah  mengedar kek kepada beberapa pemilik kedai yang berbangsa cina sempena perayaan Tahun Baru Cina di sini pada petang tadi.

Ketua LKK Muslimat PAS Kinabatangan, Normah Lapuddin berkata ziarah ini bertujuan untuk menyantuni masyarakat kaum cina sekaligus mengeratkan lagi hubungan mereka kepada PAS.

“Edaran kek ini melibatkan 5 buah kedai antaranya ialah Kedai Fook Hang , Kim Hing Hardware, Singer dan beberapa buah kedai lagi di sekitar pekan Kinabatangan,” katanya.

Salah seorang peniaga kedai yang berbangsa cina menzahirkan kesyukuran pada Muslimat PAS Kinabatangan atas usaha menyantuni masyarakat walaupun berbilang kaum.

Turut hadir pada program ini Ikon Muslimat Muda, Nur Shahirah Salasain dan Ketua Ameerah Kinabatangan, Aisyah Mohd Syah dan AJK PAS Kawasan Kinabatangan.