Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG, 3 Feb – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Nerang, YB Hj Munir @ Muhammad Yusoff Zakaria bersama isteri, Hjh Zainon Ismaon telah menyampaikan sumbangan kepada 25 masyarakat Tiong Hua, dekat sini.
ADUN Kuala Nerang itu berkata sejumlah peruntukan sumbangan Kerajaan Negeri Kedah sempena perayaan Tahun Baru Cina telah disampaikan kepada 25 penduduk Tiong Hua.
“Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Nerang merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar di atas keprihatinan beliau kepada rakyat.
“Semua bangsa tanpa mengira warna kulit,agama dan parti dapat merasai bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya.
Turut hadir Jawatankuasa PKWR DUN dan jawatankuasa JPrD Kuala Nerang.