Home Berita PAS Kedah

Edaran kuih baulu sempena Tahun Baharu Cina

193
SHARE

CHANGLOON – Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Kubang Pasu dengan kerjasama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu telah menganjurkan program edaran kuih baulu kepada masyarakat cina di sekitar Jitra.

Sebanyak 500 pek kuih baulu disediakan dan diedarkan di beberapa lokasi antaranya Pasar Cina Pekan Jitra, Balai Bomba Sukarela Pekan Tunjang dan sekitar Changlun.

 

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada seluruh masyarakat cina khususnya di dalam kawasan Kubang Pasu dan di Malaysia secara amnya.