Home Berita PAS Kedah

50 warga Tiong Hua DUN Tanjung Dawai terima saguhati Tahun Baru Cina

220
SHARE

Oleh ANA NAJWA

TANJUNG DAWAI  – Seramai 50 warga Tionghua terpilih di DUN Tanjung Dawai telah menerima saguhati berupa hamper, wang Ang Pau dan buah limau bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Peruntukan yang diberikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah, YAB Dato’ Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali.


Pada sesi pagi, penyerahan sumbangan berlangsung di dua lokasi iaitu di Dewan Terbuka Taman Malinja, Semeling dan Dewan Surau Al Islah, Taman Seri Tanjung, Sg Layar. Manakala pada sesi petang pula, majlis penyerahan sumbangan diteruskan di dua lokasi lain iaitu di Pekan Merbok dan Tanjung Dawai.

Turut serta dalam aktiviti penyerahan sumbangan ialah pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai dan dua Penyelia Zon iaitu Tuan Hj Muner dan Abang Aziz. Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Sumbangan hamper, wang Ang Pau dan buah limau ini adalah tanda keprihatinan YAB Menteri Besar Kedah kepada seluruh warga Tionghua di negeri ini bersempena Tahun Baru Cina.