Home Berita PAS Kelantan

194 pelajar terima Baucer Bantuan Persekolahan

222
SHARE

PULAI CHONDONG, 19 Jan: Seramai 194 pelajar menerima baucer bantuan persekolahan yang disampaikan oleh Setiausaha DUN Pulai Chondong, Mansor Mohamad.

Beliau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh dalam Majlis Penyampaian Baucer Back To School di Pusat Khidmat DUN ( PKD) Pulai Chondong, baru-baru ini.

Menurut Mansor, selain baucer bantuan RM120 seorang, pelajar turut dihadiahkan beg sekolah sebagai penyuntik semangat para pelajar pada awal pembukaan sesi persekolahan 2021/2022.