GUAL PERIOK, 11 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, YB Ustaz Dato’ Mohamad Awang menyampaikan bantuan serentak membabitkan 57 orang waris Bantuan Skim Khairat Kifaalah dan 16 orang menerima Bantuan Bina Usahawan Kerajaan Negeri di Pusat Khidmat DUN (PKD) Gual Periok, semalam.
Untuk Bantuan Skim Khairat Kifaalah setiap waris menerima RM1000, manakala untuk Bantuan Bina Usahawan setiap seorang menerima RM1000.
Dalam ucapannya, YB Ustaz Dato’ Mohamad mengharapkan dengan bantuan ini akan dapat memberi manfaat kepada penerima dan keluarga.