KOTA BHARU, 9 Jan: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan penggal 3, 2021/2022 bermula hari ini.
“Semoga pelajar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan kali ini serta bersedia dengan segala kelengkapan dan patuhi SOP yang ditetapkan”, catat Dato’ Fadzli di laman sosialnya.
Beliau turut berkongsi kombinasi enam pesanan menuntut ilmu saranan Imam Syafie iaitu kecerdasan, semangat, kesungguhan, kemampuan, bimbingan (guru) dan istiqomah.