Home Berita PAS Kelantan

PPN 4: MAIK benarkan Kelantan kembali solat Jumaat, fardu ikut kapasiti masjid

206
SHARE

KOTA BHARU, 5 Jan: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini membenarkan pelaksanaan solat fardhu jumaat, solat fardhu lima waktu serta aktiviti di masjid, bandar jajahan, mukim dan juga surau di seluruh negeri Kelantan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN 4) Fasa 4.

Tengku Temenggong Kelantan juga merangkap Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan solat fardhu lima waktu dibenarkan dengan mengikuti kapasiti sebenar masjid dan surau dengan kedudukan jemaah berdasarkan penjarakan fizikal 1.6 meter.

Tambahnya lagi, kesemua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas Al-Quran, kuliah umum dan khas serta lain-lain aktiviti dibenarkan dan berkuatkuasa serta-merta hari ini.

“Kebenaran pelaksanaan ini telah mendapat perkenan Kebawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, berikutan Kelantan yang sudah memasuki fasa empat PPN pada 3 Januari lalu,

Pihak MAIK mengharapkan Kerjasama daripada semua pihak terutamanya umat islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang telah di kekalkan, dan jika pihak pengurusan masjid, surau dan juga musolla yang melanggar SOP ini akan diarahkan tutup, ”katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

#PPN4Kelantan