Home Berita PAS Kelantan

Atlet Powerlifting terima insentif kerajaan negeri

90
SHARE

KOTA BHARU, 4 Jan: Kejayaan atlet powerlifting yang mewakili Kelantan dan sekali gus Malaysia di beberapa siri kejohanan telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri.

Susulan itu, penyampaian insentif daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tanda penghargaan kepada jurulatih dan dua alet powerlifting yang menempa kejayaan di Kejohanan Para Remaja Asia Bahrain bagi tahun 2021 pada 5 hingga 6 Disember lalu. Majlis tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri YB Wan Roslan Wan Hamat bertempat di Pejabatnya Bangunan Mabna, Kota Darulnaim, semalam.

Atlet Para, Mohd Saiful Riduan Yusof berjaya merangkul pingat perak dan Ahmad Shahmim Mohd Kadri pula pulang membawa pingat Gangsa, manakala Muhammad Bukhai Shaari sebagai jurulatih pada kejohanan turut menerima sumbangan.

“Tahniah diucapkan kepada semua atlet di atas kejayaan membawa pingat dan mengharumkan nama Malaysia amnya dan Kelantan khasnya. Terima kasih kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang diketuai pengarahnya Puan Laila Nazura Nawi”, catatnya pada laman sosial.