Home Berita PAS Kelantan

250 peserta meriahkan sukan YADIM Kelantan

245
SHARE

KOTA BHARU, 4 Jan: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan berjaya mengajurkan sambutan Sukan Bulan Dakwah pada 1 Januari bertempat di Kompleks Sukan Panji di sini. Program dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan tersebut disertai 250 peserta dari agensi kerajaan dan orang awam yang melibatkan acara Fun Walk sejauh 1.5 km, senamrobik, futsal, bola jaring dan bowling padang.

Menurut Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, penganjuran ini bertujuan menerapkan elemen dakwah kepada pesertan melalui aktiviti kesukanan. YADIM sebagai badan dakwah juga berhasrat menunjukkan tiada halangan bersukan dalam Islam, bahkan tuntutan menutup aurat dan bersolat juga masih boleh dilaksanakan meskipun kita aktif bersukan.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, manakala majlis penutup pula Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary.