POKOK SENA, 5 Jan – Yang Dipertua PAS Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim membuat Ziarah Mahabbah keatas beberapa orang As-Sabiqun PAS yang kian uzur, di sini.
“Selain bertemu dan bertanya khabar, sempat juga saya mengambil kalam-kalam mutiara dari mereka.
“Hebatnya PAS hari ini adalah dari usaha berterusan golongan terdahulu” ulas Wan Romani ketika ditemuramah.
Antara yang diziarahi ialah mantan Imam Masjid Jabi yang kian uzur, seterusnya pak ngah Ali di Kampung Minangkabau yang kematian isteri beliau dan Mad Akhir Nawa yang patah kaki akibat kemalangan jalan raya.
Turut sama Naib Yang Di pertua PAS, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, setiausaha PAS Pokok Sena, Saudara Firdaus bin Salleh dan Pengarah JPrD Bukit Lada, Tuan Haji Radhi Mat Din.
Program turun bertemu As-Sabiqun dan amilin ini menjadi rutin bulanan yang akan diteruskan bagi mengenang jasa besar mereka membantu perjuagan memartabatkan Islam di tanah air ini.