Home Berita PAS Kedah

PAS Kuala Kedah turun bantu mangsa banjir di Pahang

261
SHARE

Oleh TASNIM

BENTONG, 5 Jan – PAS Kuala Kedah melalui pasukan Khidmat Malaysia meneruskan misi bantuan dengan menghantar angggota sukarelawan dan barangan keperluan ke Pahang, Isnin lalu.

Menerusi satu kenyataan PAS Kuala Kedah memaklumkan seramai 50 anggota sukarelawan terlibat dalam misi bantuan mangsa banjir di Pahang pada kali ini.

“Alhamdulillah, kami telah menyantuni empat buah kampung di Bentong iaitu Kampung Lengkong, Kampung Paya Pelantar, Kampung Jambu Rias dan Kampung Teroh.

“Kami telah memberikan kesemua barangan keperluan ini kepada wakil tempatan. InshaAllah, barangan-barangan ini akan sampai ke tangan mereka-mereka yang memerlukan”, kata YDP PAS Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi dalam satu kenyataan.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penderma yang menghulurkan sumbangan.