PAHANG, 29 Dis: Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh turut terbabit dalam misi bantuan pasca banjir siri pertama bersama Jabatan Amal Kubang Kerian membabitkan 23 sukarelawan selama empat hari di Pahang dan Selangor, baru- baru ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus yang mengetuai misi tersebut, di Pahang kerja-kerja pembersihan membabitkan Taman Inderapura, Kuantan dan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) Kuantan yang telah menyediakan tempat tinggal dan menyusun pergerakan misi bantuan.
Tambahnya, misi kedua menyusul dalam masa terdekat.