Home Berita PAS Kelantan

Pasca banjir Pahang 2021: Sukarelawan PKD Pulai Chondong sedia berkhidmat

166
SHARE

KUALA LIPIS, 26 Dis: Pusat Khidmat DUN (PKD) Pulai Chondong mengerakkan 22 sukarelawan ke misi pemulihan bantuan banjir di Kuala Lipis, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong selaku ketua delegasi, YB Azhar Salleh, misi ini berkampung di Pusat Operasi Banjir Palimen Lipis selama tiga hari untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa banjir dan antara lokasinya adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benta dan kawasan berhampiran.

“Misi ini juga turut mengagihkan barang-barang makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir”, katanya.