Home Berita PAS Kelantan

44 peratus Projek KESBAN Fasa 1 siap

465
SHARE

KOTA BHARU, 23 Dis: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 telah siap 44 peratus meliputi jalan dari Pengkalan Kubor ke Sungai Lanchang, Pasir Mas untuk melebarkan jalan dan meninggikan benteng sejauh 26 kilometer sebagai ban banjir.

Demikian kenyataan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS) Ir Kamal Mustapha dalam Slot Fokus anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), Selasa lepas.

Menurutnya, projek fasa 1 tersebut menerima peruntukan RM656 juta dan dijangka siap awal setahun berbanding jangkaan pada Ogos 2024.

Di samping itu, di bawah projek pemulihan risiko banjir, JPS membelanjakan RM12 juta untuk mengembalikan aliran sungai-sungai kecil agar berfungsi dengan baik dan membina sistem saliran air sekiranya berlaku banjir kilat.

“Rakyat boleh melayari laman rasmi info banjir yang datanya dikemaskini setiap jam untuk mengetahui maklumat paras air dan taburan hujan terkini di seluruh negeri,” katanya.