Oleh ANA NAJWA
SUNGAI LIMAU, 27 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir merasmikan Program Kayuhan Kasih bertempat di Pejabat Penghulu Sungai Limau Dalam, pagi Sabtu lalu.
YB ADUN turut mengambil peluang menyertai kayuhan bersama-sama Pimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta para peserta program tersebut.
Tujuan Kayuhan Kasih ini dianjurkan adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan kepada warga tua dan warga yang menghidap penyakit kronik.
Semoga program ini dapat meringankan beban penerima-penerima sumbangan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesedaran akan peri pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan selain pentingnya melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.