Home Berita PAS Kedah

PAS Pokok Sena hantar 34 sukarelawan ke Selangor

281
SHARE

POKOK SENA, 26 Dis – PAS Pokok Sena melalui Khidmat Malaysia PAS Kawasan Pokok Sena bersama Jabatan Amal Pokok Sena menghantar petugas sukarelawan ke Misi Bantuan Bencana Banjir, semalam.

“Seramai 34 petugas sukarelawan dan lapan buah kenderaan (4×4) terlibat dalam misi pada kali ini”, ujar petugas PKWR Bukit Lada.

Majlis pelepasan peserta dilakukan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Pokok Sena, Ustaz Abu Khair Ayob, Ketua Dewan Muslimat PAS Pokok Sena, Ustazah Siti Mekiah Shamsudin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pokok Sena, Ustaz Maazallah Muhammad.