KOTA BHARU, 21 Dis: Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mewakili seluruh Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang yang kehilangan tempat berteduh dan kemusnahan harta benda.
Beliau yang juga Pengerusi Tabung Serambi Mekah menterjemahkan tanda solidariti dan kebersamaan Kerajaan Kelantan tersebut dengan penyampaikan sumbangan RM100,000 untuk setiap negeri kepada Kerajaan Selangor dan Pahang melalui Tabung Serambi Mekah.
“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemindahan dan operasi pemulihan pasca banjir”, katanya melalui kenyataan media.