Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen, ADUN santuni pengguna di Bachok

325
SHARE

BACHOK, 20 Dis: Ahli Parlimen Bachok, YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir menyantuni pengguna menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Perkarangan Pasar Raya Pantai Timur, Gunong, baru-baru ini.

Jualan serentak bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam selama dua hari itu membabitkan 14 lokasi di sepuluh daerah di Kelantan.

Menurut YB Abdul Azziz, inisiatif anjuran kerajaan ini dapat membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga berpatutan dan tidak membebankan.