KOTA BHARU, 20 Dis: Menurut laporan dari unit Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kelantan, sehingga kini sebanyak 44 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di seluruh kelantan yang menempatkan lebih 3014 mangsa banjir dengan membabitkan 869 keluarga.
Jumlah PPS yang dibuka melibatkan lima daerah iaitu Kuala Krai (29), Pasir Mas (7), Gua Musang (5), Tanah Merah (2) dan Jeli (1).
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Ahmad Marzuk Shaary kepada pemberita semalam, rakyat Islam khususnya diminta berdoa untuk dijauhkan bencana dan diingatkan juga supaya tidak menganggap banjir sebagai pesta air yang mengembirakan untuk mengelak berlakunya kemalangan jiwa.
Untuk sebarang info terkini berkenaan banjir boleh melawati portal ebanjir.kelantan.gov.my