Oleh ANA NAJWA
TUPAH, 22 Dis – Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Dan Sistem Penapisan Air Bawah Ringkas (SPATR) di Loji Rawatan Air Tupah. Perasmian telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Suraya Yaakob. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Merbok, YB Puan Nor Azlina Surip, ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali, serta pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menyerahkan telaga dan sistem penapisan air ringkas kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di LRA Tupah.
Sistem penapisan air dan telaga bernilai keseluruhan RM650,000 ini berkapasiti 0.2 MLD dan mampu menyediakan 240,000 liter air pada satu masa, serta dianggarkan dapat menampung sebanyak 1,400 isi rumah di sekitarnya.
Lebih menyeluruh, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan semula LRA Tupah dengan peruntukkan RM35 juta bagi menangani masalah bekalan air bersih di sini.
Semoga ianya dapat memberi manfaat yang baik kepada komuniti setempat.