PASIR PUTEH, 14 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail menyampaikan peruntukan Bantuan Sejahtera Tani 2021 bagi DUN Semerak di Perkarangan Pusat Khidmat DUN Semerak.
Berucap dalam majlis, beliau menjelaskan Kerajaan Negeri sentiasa komited menjaga kebajikan rakyat terutama dalam situasi pandemik COVID-19 dan hari ini, seramai 153 penternak berdaftar daripada DUN Semerak mendapat sumbangan RM200 seorang daripada Kerajaan Negeri.
Hadir sama dalam majlis penyampaian bantuan tersebut ialah ADUN Semerak, YB Wan Hasan Wan Ibrahim dan kakitangan PKD Semerak.