Home Berita PAS Kelantan

‘Kita Jaga Jalan Kita’ – Kempen JKR

215
SHARE

KOTA BHARU, 15 Dis: Slot Fokus terbitan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) membincangkan topik ‘Penyengaraan Jalan Negeri Kelantan’ bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan Ir Mohd Suhaili Ismail.

Sesi berlangsung secara virtual semalam mendapat sambutan daripada pengguna jalan raya yang menonton dengan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan isu jalan raya.

Menurut Ir Mohd Suhaili, terdapat tiga jenis penyenggaraan jalan raya yang dilakukan oleh JKR iaitu secara rutin, berkala dan kecemasan. Antara penyenggaran kecemasan ialah apabila berlakunya pohon tumbang, cerun runtuh dan sebagainya yang memerlukan kerja baik pulih jalan raya dengan segera.

Tambahnya, terdapat 10 buah pejabat JKR di semua jajahan kecuali jajahan kecil Lojing Gua Musang. Para pengguna boleh berhubung terus dengan JKR di setiap jajahan sekiranya ada isu-isu berkaitan dengan fungsi JKR itu sendiri atau berhubung secara atas talian melalui facebook rasmi JKR jajahan.

“Jalan raya adalah milik bersama, JKR hanya bertanggungjawab untuk mengurus jalan raya dapat berfungsi dengan baik kepada semua pengguna.

“Dengan pelancaran kempen ‘kita jaga jalan kita’ diharap semua lapisan masyarakat lebih prihatin dan bertanggungjawab dengan penjagaan jalan raya yang digunakan bersama ini,” katanya.