Home Berita PAS Kelantan

Program Khitan Perdana raikan anak-anak asnaf

149
SHARE

TUMPAT, 14 Dis: Seramai 146 kanak-kanak menyertai Program Khitan Perdana DUN Pengkalan Kubor 2021 yang diadakan di Wisma Imtiaz Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, program ini adalah acara tahunan yang mensasarkan golongan asnaf berumur antara enam hingga 12 tahun yang tinggal di kawasan Pengkalan Kubor untuk merasai pengalaman bermakna memasuki alam remaja yang lebih mencabar.

Upacara meraikan teruna ini dimulakan dengan solat hajat dan menyuap pulut semangat oleh ADUN Pengkalan Kubor.
“Untuk program ini setiap peserta hanya dikenakan bayaran RM20 yang jauh lebih murah berbanding cas di klinik swasta,” jelas YB Wan Roslan kepada media.