Home Berita PAS Kedah

ADUN Tanjung Dawai serah Bantuan Kerusi Roda Wakaf

116
SHARE

Oleh ANA NAJWA

MERBOK, 3 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali menyerahkan Bantuan Kerusi Roda Wakaf kepada seorang penduduk di Kg Tandop, Merbok.

Menurut YB Ustaz Hanif, Bantuan Kerusi Roda Wakaf ini diserahkan kepada seorang penduduk yang dikenali sebagai Pak Din, untuk kegunaan isteri beliau yang tidak mampu berjalan dengan stabil.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah wakil jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai.

Bantuan barangan wakaf seperti katil, kerusi roda dan sebagainya merupakan inisiatif PKWR Tanjung Dawai bagi membantu meringankan beban penduduk setempat selain demi memenuhi harapan penduduk yang memerlukan. PKWR Tanjung Dawai mendapat kepercayaan daripada para pewakaf untuk mengurus dan mengagihkan barangan wakaf tersebut kepada penerima yang layak.

“Semoga bantuan kerusi roda wakaf ini memudahkan pergerakannya walaupun sekadar di dalam rumah,” ujar YB Ustaz Hanif.