Oleh HANANI ABDULLAH
PENDANG, 23 Nov – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang, menyampaikan sumbangan bantuan kerusi roda kepada pesakit yang memerlukan di empat kawasan perumahan, dekat sini, semalam.
Bantuan disampaikan oleh Pegawai Khas YB Datuk Awang bersama Petugas PKWR di Kampung Charok Kudong, Taman Sri Alam, Kampung Rambai Padang dan Kampung Tempoyak.
“Saya berharap agar sumbangan ini dapat memudahkan lagi gerak kerja dan urusan seharian penerima kerusi roda”, ujar Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim.
Beliau juga berterima kasih kepada petugas PKWR Parlimen Pendang yang membantu dalam menjayakan penyampaian kerusi roda kepada penduduk setempat.