Home Rencana PAS Johor

Walau belum menang di sisi manusia – Rusman Kemin

138
SHARE

π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—¨π—¦π—”π—‘ 𝗣π—₯𝗑 π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—”; π—ͺπ—”π—Ÿπ—”π—¨π—£π—¨π—‘ π—•π—˜π—Ÿπ—¨π—  π— π—˜π—‘π—”π—‘π—š π——π—œ π—¦π—œπ—¦π—œ π— π—”π—‘π—¨π—¦π—œπ—” π—œπ—‘π—¦π—›π—”π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—› π—žπ—œπ—§π—” π— π—˜π—‘π—”π—‘π—š π——π—œ π—¦π—œπ—¦π—œ π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—› 𝗦π—ͺ𝗧.

Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua termasuk Jentera Pilihanraya PAS Negeri Johor yang terlibat membantu dalam kerja-kerja kempen dalam pilihanraya negeri Melaka yang berakhir jam 12 tengah malam 19 November 2021.

Terutamanya Team Media Baharu yang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas yang diberikan sebagai menyahut cabaran bahawa media baharu mesti mendominasi gerak kerja kempen sesuai dengan perkembangan semasa.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan tuan rumah iaitu pemimpin dan ahli-ahli PAS di DUN Merlimau dan tidak ketinggalan Calon N.27 Tuan Haji Abd Alim bin Shafie dan isteri.

Walaupun keputusan yang diistiharkan tidak memihak kepada kita, namun kita yakin inshaAllah kita menang di sisi Allah SWT.

Terima kasih kepada para pengundi Perikatan Nasional kerana anda telah memberi kepercayaan kepada calon kami.

Adat pertandingan ada menang dan ada kalah.

Yang menang buatlah yang terbaik kerana mandat yang perjuangkan telah diperolehi manakala yang kalah teruskan berkhidmat kepada rakyat kerana kita semua adalah pemimpin dan khalifah di atas muka bumi ini.

Siiru’ala barkatilah.

 

RUSMAN BIN KEMIN

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS

Negeri Johor