Home Berita PAS Johor

PAS Kluang bela nasib peniaga

182
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

KLUANG, 22 NOV – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kluang membuat lawatan ke Laman Niaga Railway, disini harini.

Lawatan bertujuan untuk memantau keadaan Laman Niaga Railway yang baru sahaja beroperasi disamping menyantuni para peniaga dan mendengar permasalahan yang mereka hadapi.

Kawasan parkir kereta yang menghalang pengunjung untuk mengunjungi kedai dan keselamatan kanak-kanak yang melintasi jalan raya antara aduan yang diberikan oleh para peniaga.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kluang, Khairul Anuar Ahmad Kamil menyatakan, PAS Kluang komited untuk membantu para peniaga Daerah Kluang.

“Kita (PAS Kluang) sentiasa bersedia untuk mendengar permasalahan yang dihadapi oleh warga Kluang khususnya peniaga dan komited untuk membantu mereka mencari solusi bagi permasalahan yang mereka hadapi”, ujar beliau.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Zon Bandar Majlis Perbandaran Kluang (MPK), memberitahu, perkara ini akan dibawa ke pihak Majlis Perbandaran Kluang dan YDP Majlis Perbandaran Kluang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kita akan mencadangkan supaya Jalan Ciku ini ditutup untuk kenderaan keluar masuk pada waktu malam dan memberikan peluang untuk para peniaga meletakkan meja makan dihadapan gerai mereka supaya tiada kenderaan yang akan menghalangi gerai”, tambah beliau.

Laman Niaga Railway telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad, pada 30 Oktober yang lalu dengan mempunyai 18 unit gerai ruang niaga yang menjual pelbagai jenis makanan.

Turut hadir, Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kluang, Mohd Zai Ta’amil dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Bandar, Mistafa Mat.