Home Berita PAS Sabah

PAS Papar rasmi markas tarbiah

51
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah binti Hussin

PAPAR: PAS Kawasan Papar yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS Papar Abd Salim Karim telah menziarah PAS Cawangan Kelanahan Rimba sekali gus merasmikan markas tarbiah PAS Cawangan Kelanahan Rimba di sini.

Markas tarbiah ini telah dibina oleh Ketua PAS Cawangan Kelanahan Ajmain Ali untuk berbakti kepada penduduk kampung di samping menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

PAS Papar juga turun meletakkan barang sumbangan seperti tepung, beras, mi dan sardin untuk Bank Makanan (Food Bank) yang disediakan untuk asnaf di sekitar kawasan tersebut.

Turut hadir ke program tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Ustaz Mat Razali Mat Lazin, Ketua Urusan ulamak Ustaz Fakhrul Amatiasin, Ketua Muslimat PAS Kawasan Nurizyan Haziqah Hussin bersama AJK PAS Kawasan Papar.

Dalam ucapan perasmian, Abd Salim Karim merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Cawangan PAS Kelanahan Rimba Ajmain Ali bersama isteri Ustazah Zubaidah yang telah menginfakkan ruang untuk perjuangan Islam.