Oleh ABDUL HADI OMAR
ALOR SETAR, 14 Nov – Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat (Mesyuarat Bajet 2022) Dewan Undangan Negeri Kedah yang Keempat Belas akan berlangsung selama 4 hari bermula esok sehingga hari khamis ini.
Melihat kejayaan demi kejayaan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato Seri Hj Sanusi Bin Muhammad Nor sudah tentu akan memberikan kekuatan persidangan bajet kali ini yang mana YAB Dato Seri akan memulakan pembentangan bajet pada hari pertama persidangan DUN.
Memimpin sebuah negeri yang rakyatnya seramai 2.19 juta, 1.11 juta terdiri dari lelaki dan 1.08 juta dari wanita bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya memerlukan kerja kuat daripada kerajaan negeri memandangkan pada masa kini Kedah yang sinonim dengan negeri berasaskan pertanian sedang berkembang pesat ke arah ekonomi berasaskan perindustrian tinggi serta perkhidmatan.
Dengan kedudukan KDNK perkapita terbaru yang boleh dibanggakan sebelum ini berada di tempat kedua kini berada di tempat ketiga terbawah di Malaysia iaitu RM22,166 dengan naik satu anak tangga.
Sudah tentu ianya memerlukan kerjasama yang jitu diperingkat kerajaan negeri dan bantuan yang besar daripada kerajaan persekutuan untuk menaikkan tahap KDNK Negeri Kedah.
Antara pakej ransangan ekonomi yang terbaik untuk meningkatkan ekonomi Kedah adalah melalui pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) dan Pelabuhan Pulau Bunting yang dilihat mampu meningkatkan hasil pengeluaran dalam negeri Kedah.
Pada masa kini, sebahagian besar hasil pengeluaran dalam negeri Kedah dicatatkan sebagai hasil pengeluaran negeri jiran iaitu Pulau Pinang.
Bajet sebelum ini memperlihatkan kepada kita bahawa betapa seriusnya kerajaan negeri dalam membangunkan rakyat. Melalui empat teras utama iaitu :
Pertama : Mencergaskan ekonomi, Meningkatkan ekonomi rakyat.
Kedua : Mensejahterakan rakyat, Menambahbaik kualiti masyarakat.
Ketiga : Membina insan, Kelestarian hidup
Keempat : Memantapkan tadbir urus, Meningkatkan sistem penyampaian
Jika dilihat, keempat-empat pakej yang ditawarkan ini, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM 930.59 juta dalam bajet sebelum ini.
Melalui perancangan pembangunan menyeluruh menuju “Kedah 2035 : Sejahtera dan Berdaya Huni” yang digagaskan oleh kerajaan, ianya dilihat mampu dicapai dengan sokongan dokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang bergerak pada landasan terbaik pada masa kini.
Melalui kejayaan baharu kerajaan menarik pelabur tertinggi di Malaysia sejumlah RM43 billion merupakan penanda aras baharu terhadap pengurusan kerajaan negeri Kedah yang mengutamakan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga menarik jumlah pelaburan yang tinggi ke Negeri Kedah.
Penyertaan syarikat terkemuka Austria iaitu AT&S yang membawa nilai pelaburan lebih daripada RM 8.5 billion memberi keyakinan bahawa pentadbiran kerajaan pada masa kini kukuh dan utuh kerana berjaya menarik pelabur asing masuk ke dalam negeri walaupun hanya baru setahun mengambil alih kerajaan.
Perkembangan progressif projek berimpak tinggi seperti KXP, Kedah Rubber City, Kota Perdana, Kedah Technology Science Park dan beberapa projek lain yang bakal dilaksanakan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan pembangunan yang komprehensif kepada ekonomi negeri Kedah.
Projek yang akan dilaksanakan ini, bakal mewujudkan peluang pekerjaan di Negeri Kedah serta meningkatkan KDNK negeri ini juga bakal memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat negeri Kedah.
Iltizam YAB Dato Seri Menteri Besar untuk memperkasa GLC agar memberi sumbangan kepada kerajaan negeri juga dilihat sebagai satu komitmen yang tinggi untuk meningkatkan hasil kerajaan negeri kedah Darul Aman.
Sesungguhnya, bukan mudah untuk kerajaan negeri membangunkan negeri dalam keadaan belitan pandemik COVID 19 yang sudah lebih setahun menimpa kita, tetapi dalam keadaan sukar ini juga amat berbangga dengan kejayaan kerajaan negeri yang menunjukkan prestasi yang terbaik untuk memajukan negeri ini.
Harapan semoga bajet yang akan dibentangkan esok akan lebih baik dari sebelum ini dengan mengambil kira betapa prihatinnya YAB Dato Seri terhadap rakyat Kedah.
Semoga YAB Dato Seri Menteri Besar diberikan kekuatan untuk memimpin kerajaan Negeri Kedah dan sentiasa kuat dalam memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat.
Juga semoga Kedah menjadi sebuah negeri yang baik dan rakyatnya sentiasa berada dalam keampunan dan rahmat Allah SWT.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”