KENYATAAN MEDIA PERIKATAN NASIONAL PARLIMEN KLUANG
PERIKATAN NASIONAL KLUANG YAKIN KEJAYAAN BESAR DI PRN MELAKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perikatan Nasional Parlimen Kluang (PN Kluang) meletakkan keyakinan penuh kepada calon-calon mewakili Parti Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Melaka bermula semalam dengan sesi Penamaan Calon.
Calon-calon yang mewakili BERSATU, PAS dan GERAKAN telah dipilih berdasarkan kepada latar belakang pendidikan, pengalaman politik dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dilihat sangat layak untuk diberikan peluang bagi mewakili rakyat Melaka dalam DUN Melaka demi kesejahteraan rakyat di sana.
Kejayaan kerajaan PN dalam pengurusan pandemik dan bantuan untuk rakyat hasil daripada usaha dilakukan kerajaan PN menjadi kayu ukur bagi pengundi di Melaka untuk memilih calon-calon PN.
Justeru PN Kluang mengajak semua rakyat Melaka untuk berani melakukan perubahan. Inilah peluang dan ruang untuk penduduk Melaka mewujudkan kerajaan yang berwibawa, bersih dan berintegriti.
Sekian, terima kasih.
Kenyataan bersama ;
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang
Mohd Nor bin Lingan, Ketua Bahagian BERSATU Parlimen Kluang
Pang Wui Ming, Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang
#tigasekawan
#PerikatanNasional
#PRNMelaka