Home Berita PAS Kedah

PAS Merbok edar bantuan barangan dapur kepada 70 keluarga

227
SHARE

MERBOK, 7 Nov – Seramai 70 buah keluarga telah menerima sumbangan barangan dapur dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sungai Lalang, baru-baru ini.

Program ini merupakan sebuah inisiatif murni yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Merbok dan  PAS Cawangan Sungai Lalang demi meringankan beban masyarakat sekitar yang memerlukan.

Bantuan berupa pek makanan serta barangan dapur tersebut disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Merbok, YBhg. Ustaz Azizan Hamzah diringi Timbalan Ketua Pemuda DPPK Merbok, Saudara Mohd Alaiddin Mohd Ali.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda bagi menyampaikan taklimat kesedaran kepada para penduduk.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang budiman yang telah menghulurkan bantuan demi menjayakan program.

“Semoga Allah SWT menerima segala pengorbanan para penyumbang & sukarelawan sebagai amal soleh yang diganjarkan-Nya dengan kebaikan dunia & akhirat”, ujar DPPM.