Oleh ANA NAJWA
GURUN, 30 Sept – Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak semalam mewakili Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit hadir ke Gurun dan Guar Chempedak bagi meninjau keadaan semasa selepas hujan lebat lebih dua jam melanda dua daerah itu.
Ahli Parlimen Jerai itu melalui kenyataan di laman Facebooknya berkata tinjauan telah dibuat dan pemantauan secara berkala akan dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin.
Hujan lebat yang berpanjangan semenjak petang Selasa telah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Gurun dan Yan dinaiki air.
Sumber : Fb Ustaz Sabri Azit Ahli Parlimen Jerai